Zizie Izette Tak Mahu Ceburi P0litik, Akui Tak Berbakat Macam Suami

Pelakon Datin Seri Zizie Ezette, 42, yang berkahwin dengan seorang ahli p0litik terkenal dan sentiasa menyok0ng kerjaya suami tercinta itu memberitahu dia tidak berhasrat untuk menceburi bidang tersebut. Zizie berkata, dia tiada bakat menjadi ahli p0litik walaupun untuk perwakilan wanita.

“Saya tak pandai berucap dan seorang yang gug0p. Terus-terang, saya tak0t bercakap atau berucap depan orang ramai. Kalau saya beri ucapan ringkas dalam majlis yang dihadiri pun, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Saya sedar kebolehan diri. Malah, saya akur tidak memiliki bakat boleh berucap macam suami,” ujarnya.

Pemilik nama sebenar Zizie Ezette Abdul Samad ini memaklumkan beliau sangat kagum dengan suaminya: “Suami saya kalau sebelum nak berucap pun, beliau masih boleh berehat dahulu dalam kereta. Apabila sampai di majlis yang dihadiri, beliau tetap boleh berucap dengan penuh semangat. Saya tak ada kebolehan dan bakat itu,” katanya.

Menurut Zizie, bagaimanapun beliau tiada masalah untuk melakonkan watak sebagai ahli p0litik: “Kalau berlakon, saya tak apa, ada skrip. Apatah lagi, ia sekadar tuntutan watak saja dan bukan diri sendiri.

“Dalam lakonan, saya faham kena jadi orang lain. Itu tak apa kerana bagi merealisasikan watak semata-mata. Untuk realiti pula, saya memang tidak ada keinginan terbabit dalam p0litik atau nak jadi ahli p0litik,” jelasnya.

Zizie yang pernah muncul berlakon drama Her0 Seorang Cinderella pada 2017 berkata beliau juga tidak campur tangan urusan p0litik suaminya. Ujarnya, beliau hanya suka membaca dan mengikuti perkembangan p0litik kerana sebagai rakyat Malaysia sewajarnya untuk ambil tahu perjalanan p0litik tanah air.

Zizie yang juga kakak pelakon Shaheizy Sam bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Bung Moktar pada 2009. Hasil perk0ngsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu kembar Aadam Zac Izette, 3 dan Aaleph Zeke Izette, 3, serta Aalisa Belle Izete, berusia setahun.

Selain itu, Zizie dan suami juga mempunyai dua anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 5, dan Aaric Zayn Izete, 3. Baru-baru ini, Zizie hadir pada majlis menandatangani k0ntrak anak-anaknya yang dipilih sebagai duta pr0duk. – Sumber dipetik dari Myartis, Harian Metr0

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*