‘Abah, Pak Long, Pak Ngah’ Gigih Berper4ng Demi Sejahtera Rakyat Malaysia!

Perutusan khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia sekali lagi perlu akur bahawa perlaksanaan PKPP akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Ini jelas menunjukkan, setiap lapisan masyarakat sudah perlu menyesuaikan diri untuk terus hidup dengan mengamalkan norma baharu serta mengikuti segala SOP yang ditetapkan sebagai langkah untuk memvtuskan ranta1an COVID-19.

Walapun sudah berada dalam peringkat PKPP, namun pelbagai sekatan, hukum4n, standard SOP dan juga kuarantin kendiri tetap perlu dijalankan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.

Memanglah lec3h! Tapi ini demi kebaikan kita semua, kan?

Fasa awal penularan COVID-19 merupakan bukti kukuh yang menunjukkan bahawa beberapa individu t0nggak utama negara berjaya menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda kris1s kesihatan sehingga berjaya mengambil hati rakyat.

Buktinya, jol0kan kekeluargaan ‘Abah’ buat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ‘Pak Long’ untuk Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ‘Pak Ngah’ Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah) jelas menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin ini sangat dekat di hati rakyat.

Sampai sekarang melekat tau nama tu…

Bermula dengan hanya sidang media harian oleh ketiga-tiga wira Malaysia ini, wajah mereka sering dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia dikaca televisyen. Pastinya ramai terkenang kembali memori fasa pertama PKP yang ‘memaksa’ seluruh rakyat berkuarantin di rumah masing-masing.

Oleh kerana segala larangan berhimpun, sekatan sempadan negara dan merentas negeri dilaksanakan ramai yang terpaksa berk0rban serta tidak pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri pada tahun ini bersama keluarga.

Disebabkan kerjasama utuh kita semua, Malaysia telah dinobatkan antara negara yang terbaik di dunia yang berjaya mengawal penularan COVID-19!

Walaupun kita masih diselubungi dengan kek4ngan penularan wabak serta pembudayaan norma baharu, tak bermakna semangat kemerdekaan ke-63 tahun perlu pudar dalam diri rakyat Malaysia.

Korang kene ingat, sambutan kemerdekaan bukan hanya terletak pada kemeriahan perarakan dan pertunjukan bunga ap1 sahaja tau! Sebaliknya masyarakat sudah perlu mula untuk menghayati erti kemerdekaan dalam lensa kebiasaan baharu.

Ini barulahlah #MalaysiaPrihatin!

Sekalipun negara dilanda badai, rakyat Malaysia diseru untuk hidupkan suasana kemerdekaan pada tahun ini dengan penuh semangat patriotik dalam diri.

Jangan lupa kibarkan Jalur Gemilang kebanggaan negara dengan meletakkannya di kediaman, premis-premis serta kenderaan milik korang. Tak rugi sebenarnya luahkan rasa cinta akan negara sendiri.

Sewajarnya, sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga kerana mampu jadi negara contoh kepada dunia kerana dapat mengawal penularan COVID-19 atas kawalan kendiri penduduknya.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-62 tahun! #KitaJagaKita #MalaysiaPrihatin.

Sumber: OMM, kecoh habis