“Kami Risik0kan Ny4wa Pergi Undi…”PRN Sabah Selesai, Rakyat Minta GRS Buat Yang Terbaik

Hari ini menjadi detik bersejarah buat negeri Sabah, apabila selesai majlis istiadat perlantikan Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah baharu.

Difahamkan, majlis istiadat yang bermula pada pukul 10 pagi tadi, menyaksikan Datuk Hajiji yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri.

Perlantikan Hajiji disokong penuh oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), setelah bersetuju untuk mencalonkan beliau Ketua Menteri Sabah baharu.

GRS berjaya mendapat sokongan majoriti, dan meraih 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16.

Menjengah ke ruangan komen yang didapati menerusi tayangan siaran langsung majlis istiadat tersebut, rata-rata menzahirkan ucapan tahniah.

Malah, terdapat juga komen daripada netizen yang merupakan pengundi di Sabah, meletakkan harapan yang tinggi kepada pentadbiran yang dipilih agar melaksanakan tugas dengan baik.

Ini kerana, meskipun negeri itu sedang mencatatkan peningkata kes baharu Covid-19, rakyat mengambil risiko untuk pulang ke Sabah bagi mencabut undi

Sumber : Harian Metro