MySejahtera ‘Update’ Ciri Baharu, Perlu Baca & Isi Sebelum Hadir Ke Pusat Vksin

Aplikasi MySejahtera telah mengemaskini ciri baharu di mana semua penerima vksin dos pertama dikehendaki membaca dan mengisi borang persetujuan digital sebelum hadir ke pusat pemberian vksin.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vksin Covid-19 (JKJAV) berkata, bagi penerima yang sudah mendapat vksinasi dos pertama dan telah menandatangani borang persetujuan secara manual, mereka tidak perlu lagi untuk mengisi borang digital ini.

Jelas JKJAV, borang digital yang disediakan turut mempunyai terjemahan dalam pelbagai bahasa dan boleh diakses menerusi portal vksincovid.gov.my/penerbitan.

Berikut merupakan panduan bagi membaca dan menand4tangani borang persetujuan digital di MySejahtera:

1. Klik pautan untuk melihat borang persetujuan digital pada profil vaksInasi anda.

2. Baca dan tanda maklumat kesihatan dengan betul. Kemudian sahkan maklumat anda.

3. Butiran janji temu anda akan dikemaskini dengan pengesahan.

4. Tunjuk butiran janji temu yang menyatakan “yes” di bahagian kebenaran kepada penyuntIk vksin.

Sumber: Instragram JKJAV

Via SiakapKeli(Annur Syahirah)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*