Siang jadi rider, malam tulis tesis! Abang Foodpanda keluar awal pagi cari rezeki nak s4ra 5 anak, bayar yuran pengajian

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Tugas sebagai penghantar makanan bukanlah sesuatu yang mudah.

Mereka terp4ksa mengh4rungi pelbagai cab4ran termasuk cuaca panas dan hujan ribut.

Semua ini memakan ten4ga dan masa yang bukan kepalang.

Namun itu semua tidak menghalang Mohd Akmal Azhar, 36, daripada mencapai impiannya menggengg4m Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Berkongsi kisahnya dengan mStar, Mohd Akmal berkata, selepas empat tahun dia akhirnya berjaya menamatkan pengajian peringkat PhD dalam bidang Teknologi Farmaseutikal di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Mohd Akmal menyambung pengajiannya di Universiti Malaysia Pahang.

Menurut bapa kepada lima anak ini, dia mendapat tajaan UMP untuk tempoh tiga tahun pengajian, justeru dia terp4ksa mencari pekerjaan bagi men4nggung keluarga juga yuran pengajian bagi tahun berikutnya.

“Sebelum saya sambung PhD saya bekerja sebagai pensyarah kontrak tapi bila dah sambung belajar saya memang jadi pelajar sepenuh masa.

“Saya jadi rider sepenuh masa pula sudah hampir setahun, iaitu semenjak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya, yang menetap di Gambang, Kuantan.

Menurut Mohd Akmal, isterinya yang kini meng4ndungkan cahaya mata mereka yang keenam bertugas sebagai seorang guru.

Mohd Akmal bakal menimang cahaya mata ke enam bulan hadapan.

Berkongsi cab4ran utama mengimbangikan tugasnya sebagai seorang pelajar dan rider, Mohd Akmal berkata, dia meluangkan waktu malamnya untuk menyiapkan penulisan tesis.

“Biasanya saya akan on rider awal pagi kemudian sebelum Maghrib balik sebab malam nak kena bersedia untuk tulis tesis, at least setiap hari sejam.

“Tapi kena istiqamah setiap hari, saya beruntung sebenarnya lab work experiment semua sudah selesai masa tiga tahun belajar, jadi tahun keempat saya jadi rider ni hanya tinggal penulisan sahaja.

“Kalau ada kerja yang memerlukan saya hadir ke universiti saya terp4ksa bercuti tapi Alhamdullilah, Allah permudahkan segala urusan,” katanya.

Mohd Akmal menamatkan pengajiannya dalam tempoh empat tahun.

Mohd Akmal yang bercadang untuk kembali menabur bakti di UMP selepas tamat pengajian berkata, walaupun pen4t dia bersyukur Allah permudahkan urusannya untuk merancang masa.

“Benda paling penting sebenarnya kena jaga solat dan selalu doa InsyaAllah, Allah mudahkan perjalanan.

“Kejayaan kita ni sebenarnya bukan sebab kita hebat tapi sebab Allah mudahkan urusan kita, Alhamdulillah Allah permudahkan saya urus masa, memang pen4t tapi kena teruskan juga sampai selesai,” katanya.

Apa yang mendorongnya untuk terus belajar hanyalah satu iaitu untuk mencari ilmu.

“Ilmu boleh jadi pendinding untuk diri kita serta mengubah cara berfikir.

“Sebenarnya walaupun baru setahun menjadi rider, saya belajar banyak perkara, saya belajar soft skill, cara berkomunikasi dengan pelanggan, erti kesab4ran dan pembahagian masa yang seimbang.

“Pada pandangan saya sijil tidak menjamin kita pandai tapi proses untuk mendapatkan sijil itu, malah kita dapat belajar untuk kehidupan kita walaupun hanya berakhir di dapur, soft skillcommunication skill, pengurusan masa, keyakinan diri semua ini bukan hanya digunakan untuk mencari kerja tapi penting untuk kita gunakan dalam kehidupan,” katanya.

Apa yang mendorongnya untuk terus belajar hanyalah satu iaitu untuk mencari ilmu.

Tambahnya, ilmu pengetahuan seseorang juga akan menyebabkan tahap pemikiran seseorang itu berbeza.

Sumber: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*