“Dorang rasa ‘cable’ terl4mpau kuat..” – Caprice buat laporan polis

Aktivis dan penyanyi rap, Caprice tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur malam tadi.

Menerusi perkongsian video di InstaStory, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan sejujurnya dia tidak mahu berbuat demikian namun terdapat segelintir individu bertindak seolah-olah lebih ‘atas’ daripada undang-undang.

“Sejujurnya, saya tak mahu buat laporan polis. Saya lebih memilih untuk fokus tenaga dan usaha terhadap perniagaan dan kehidupan.
“Tetapi, sesetengah individu di luar sana mereka merasakan dorang punya ‘cable’, pangk4t terlamp4u kuat dan tinggi. Macam lebih hebat daripada und4ng-und4ng,” katanya.

 

 

Menerusi posting sekeping foto di hadapan balai polis pula, penyanyi berusIa 33 tahun itu berkata dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain berharap agar segala urusannya dipermudahkan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

“Bismillah. See you when i see you. I have full faith in @pdrmsia_official in upholding the law, tegas, adil, dan berhemah. Semoga Allah permudakan segala urusan,” tulisnya.

Terdahulu, Caprice mendedahkan dirinya telah menerima lebih 60 ugvtan bnvh selepas melalui pelbagai kontr0versi berhubung misi kemanusiaan ke PalestIn.

Sumber: Instagram Caprice

Via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*