Individu sihat tak perlu dos penggalak? KKM perjelas video tular KJ

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menyangkal dakwa4n berhubung video tular menunjukkan menterinya, Khairy Jamaluddin mengatakan individu yang sihat tidak memerlukan dos penggalak v4ksin C0vid-19.

Menurut KKM dalam satu kenyataan, ia merupakan video lama pada September 2021, ketika pemberian dos penggalak secara menyeluruh belum lagi bermula.

“Video ini dipetik daripada sidang media Menteri Kesihatan pada 20 September 2021. Pemberian booster secara menyeluruh belum lagi bermula pada September 2021.

“Pada waktu itu, Program Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah kadar vaksin4si lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6 peratus, masih belum mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa.

Menurut kementerian itu, pemberian dos penggalak dilaksanakan secara berperingkat di mana ketika itu memberikan keutamaan kepada golongan rent4n terdiri daripada warga emas, mereka yang ada ko-morbid dan golongan yang terd3dah kepada risik0 jangkit4n.

“Hanya setelah majoriti golongan tersebut telah menerima booster, barulah v4ksinasi booster dibuka kepada populasi awam yang layak.

“Pemberian booster ini diperlukan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan v4ksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan vari4n-varian baru v1rus C0vid-19,” tambah kenyataan itu.

Menurut KKM, banyak negara yang menawarkan dos penggalak kepada populasi dewasa mereka seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Thailand, Indonesia dan Singapura.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*