Kontak rapat dah terima dos penggalak, tidak bergejala tak perlu kuar4ntin – KJ

Kontak rapat kepada p3sakit C0vid-19 yang telah menerima dos penggalak dan tidak bergejala tidak perlu menjalani kuar4ntin, berkuat kuasa 1 Mac.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media, Khamis petang.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kontak rapat perlu menjalani ujian kendiri (RTK) pada hari pertama dan ketiga pada tarikh akhir mereka terd3dah dengan kes positif berkenaan.

“Jika keputusan negatif pada hari pertama dan ketiga, mereka boleh melakukan urusan seperti biasa. Sekiranya positif, mereka mesti melaporkan di aplikasi MySejahtera dan menjalani tempoh isolasi.

“Bagi mereka yang lengkap dos v4ksin tapi belum menerima dos penggalak, mereka kekal perlu menjalani kuar4ntin dalam tempoh lima hari,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, operasi Pusat Kuar4ntin dan Rawat4n C0vid-19 Bersepadu (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) akan diaktifkan semula, bermula Jumaat.

Ia susulan kes C0vid-19 di negara ini melonjak kepada 31,199 kes baharu pada Rabu, angka tertinggi pernah dicatatkan sejak pand3mik melanda Malaysia dua tahun lalu.

Menurut Khairy, pengoperasian semula PKRC Maeps bagi mer4wat p3sakit C0vid-19 berisiko rendah bermula dengan menempatkan 100 katil.

Beliau turut memaklumkan bahawa ia juga merupakan antara strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangani gel0mbang Omicr0n.

“Ia juga membolehkan perkhidmatan h0spital di Lembah Klang memberi r4watan kepada p3sakit bukan C0vid-19 tanpa gangguan,” katanya.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*