Kec0h g3mpa bumi berlaku di Indonesia, rakyat Malaysia turut rasai g3garan!

Satu g3mpa bumi berukuran 6.2 skala yang berlaku di Pekan Baru, Indonesia turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya.

Menerusi laporan Astro Awani, perkara tersebut disahkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Difahamkan, g3mpa yang berlaku pada 17 km ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer itu bagaimanapun tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Menerusi pemerhatian di Twitter, kebanyakan warganet berkongsi situasi panik yang dilalui dengan mengatakan mereka merasai gegaran berkenaan di lokasi masing-masing.


Sumber: Astro Awani , Twitter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*