“Tiada b0oster, tiada solat Jumaat..” – Jemaah kec3wa dihal4ng masuk masjid

Seorang lelaki kec3wa apabila mend4kwa dilar4ng memasuki sebuah masjid di Hulu Langat, Selangor bagi menunaikan solat Jumaat semalam kerana belum lengkap v4ksin penggalak (booster).

Menerusi video tular di Facebook, lelaki itu merakam suasana di hadapan pagar masjid yang dikawal anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) selain bertind4k memeriksa sijil digital vaksin4si jemaah.
Seolah-olah kurang berpuas hati, lelaki berkenaan sempat bertanya mengenai penguatkuasa4n itu sebelum sal4h seorang anggota RELA menjawab bahawa ia adalah ketetapan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Rakaman berdurasi dua minit 39 saat itu juga memaparkan beberapa jemaah yang lengkap membawa sejadah masing-masing dipercayai pulang dengan hamp4 berikutan pelaksanaan tersebut.

Ada perkhabaran, sekiranya tiada booster, tak boleh masuk solat. Booster takde, tak boleh masuk masjid. Arahan daripada JAIS. 

“Walaupun umat Islam, tak dibenarkan solat Jumaat. Lihat berapa ramai yang terp4ksa pulang kerana tiada booster. Khairy Jamaluddin, sila jawab. Kami umat Islam tiada hak untuk solat?,” katanya.

Video dimuat naik di page Kasi Viral itu mendapat perkongsian sebanyak 348 kali selain pelbagai komen netizen yang turut simpati dengan warga Selangor berikutan garis panduan ditetapkan itu.

Media pada Selasa lalu melaporkan, JAIS menetapkan bahawa hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak dibenarkan bagi menunaikan solat Jumaat di masjid seluruh Selangor bermula hari ini.

Sumber: Facebook Kasi Viral