Anak sulung mengidam ratah sebuk kopi, yang ke-2 alahan ‘pindah’ ke suami…

Sudah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita mengalami alah4n ketika h4mil.

Sering kali mereka akan alami al4han termasuklah munt4h, l0ya dan s3nsitif terhadap bau sesuatu yang tidak disenangi.

Namun, perkara ini bukanlah menghairank4n bagi kaum wanita berbadan dua sama ada ia merupakan kandungan pertama ataupun mereka yang sudah mempunyai anak ramai.

Berlainan pula dengan wanita ini, Tian Raziah Jumari, 25, apabila suaminya yang terkena tempias alah4n si isteri.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang mesra disapa Ummie berkata, suaminya Muhammad Afiq Aiman Nor Asikin, 29, mula mengalami alah4n sejak hampir seminggu yang lalu.

“Saya sedang hamil anak kedua dan kandungan saya baharu saja masuk empat minggu. Saya tahu yang saya h4mil selepas buat ujian dua minggu lepas.

“Mula-mula saya saja yang alami alah4n sampai s4kit kepala, muntah dan tak boleh b4u pelik macam ibu mengandung lain. Tak sangka pula baru ni lepas dapat tahu mengandung, suami pula alami alah4n,” kata Ummie.

Suami Ummie mula mengalami alah4n sejak hampir seminggu yang lalu.

Bercerita lanjut mengenai video yang menjadi tular, rakaman video yang dimuat naik menunjukkan suaminya sedang munt4h di sinki.

Kejadian itu berlaku semasa wanita hmil ini menemani suaminya di tempat kerjanya di Klinik Dalaman Proton, Shah Alam, Selangor.

Jelas Ummie yang merupakan suri rumah ini, dia mengambil kesempatan untuk mer4kam keadaan suaminya mu4l itu sebagai kenangan untuk mereka sekeluarga.

“Suami saya bekerja sebagai Pegawai Perubat4n. Kalau dia kerja syif malam memang saya dan anak sulung akan teman ikut pergi kerja. Masa dia tengah munt4h dekat sinki tu saya kesi4n tapi tetap record untuk simpanan kenangan.

“Kesian tengok dia, masa dia ulang alik ke sinki tu, dia tak munt4h cuma mual-mual saja. Dia cakap pada saya rasa macam ada angin dalam p3rut sampaikan gel3ng kepala tiap kali rasa mual.

“Nasib baik dia tak rasa lembik sampai kena ambil cuti tapi sekurang-kurangnya dia boleh rasa apa saya rasa masa meng4ndung,” seloroh Ummie.

Malah, dia juga sebak membaca komen selepas post video suami mual tu sebab ada yang kata alah4n dialami suami tu sebab si dia sayangkan isteri.

“Menitis juga air mata baca orang cakap macam tu,” katanya yang menetap di Selayang, Selangor.

Antara perkongsian Ummie tentang suaminya yang mual ketika pulang dari tempat kerja.

Imbas Ummie, semasa mengandung anak pertama yang sudah berusia empat tahun, dia tidak alami alah4n t3ruk tetapi mengidam makan kopi dan sirih.

Berbeza pula dengan anak kedua kali ini, di mana dia dan suami bergilir-gilir untuk mengalami alah4n dan mual ini.

“Masa anak pertama suami OK je takde mual atau munt4h. Saya pun tak teruk sangat rasa p3ning sikit je. Cuma saya rasa nak ratah serbuk kopi. Saya ratah macam makan milo.

“Disebabkan masa tu saya layan mengidam punya pasal, kopi tu tak rasa pahit pun. Rasa nikmat betul makan serbuk pahit tu tak perlu bancuh pun,” katanya.

Jelas Ummie, dia berharap semoga perjalanan mengandung kali ini dalam keadaan baik untuk dirinya dan juga bayi dalam kandungannya.

Ummie sebak membaca komen selepas post video kerana menurut netizen alahan dialami suami adalah kerana si dia sayangkan isteri.

“Bagi suami di luar sana, terutama sekali yang tak rasa apa isteri rasa, fahami dan hargailah mereka. Mereka banyak berkorban menjaga kandungan selama sembilan bulan ini.

“Sudah pasti yang terkena tempias tahu apa yang isteri alami semasa hamil. Walaupun ada para suami tidak merasai pengalaman ini tapi tidak bermakna mereka tak sayang isteri. Semua itu dengan keizinan Allah,” kata Ummie.

Sumber:mstar