Dah ramai ejen takaful wanita terk3na dengan Azlan!

Kes g4ngguan s3ksual yang berlaku sudah tentu akan m3ninggalkan kesan em0si dan traum4 ke atas m4ngsa.

Tidak terkecuali tentunya perunding takaful ini yang menjadi mangs4 ganggu4n s3ksual menerusi panggilan telefon pada tahun lalu.

Dakwa Ernaini Mahfud, 30, lelaki yang menggunakan nama Azlan atau Lan itu menghantar mesej untuk bertanya mengenai pakej takaful sebelum membuat panggilan telefon tidak sen0noh kepadanya.

“Kejadian ini berlaku pada Februari tahun lalu, ketika itu baru tiga bulan saya menyertai bidang kerjaya ini. Saya tak tahu dia dapat nombor saya dari mana, awalnya dia kata nak quotation, dia nak survey takaful. Awalnya OK saja dia WhatsApp.

“Dia perkenalkan diri, mend4kwa dirinya kerja off-shore dan merupakan duda yang memiliki dua cahaya mata. Ada suatu hari, dia kata nak call jam 8 malam. Saya kata saya s1buk uruskan anak, esok saya akan call balik untuk terangkan mengenai quotation takaful.


Erna akui trauma dengan kejadian itu.

“Esoknya ketika dihubungi, dia buat suara p3lik. Macam k3mut-k3mut, macam lelaki gila s3ks. Di tengah perbualan, saya tanya sama ada dia OK atau tidak, faham ke? Dia macam tengah buat sesuatu.

“Saya boleh dengar macam dia klim4ks. Terus saya putusk3n panggilan. Dia mesej kenapa putusk4n panggilan telefon, saya kata tiada rangkai4n. Kemudian saya terus block nombor dia,” d4kwa perunding takaful yang menetap di ibu negara itu.

Senang disapa Erna, ibu kepada seorang cahaya mata itu akui traum4 dengan kejadian itu sehingga hampir b3rputus asa dalam lapangan kerjaya berkenaan.

“Memang tr4uma. Dalam telefon pun boleh jadi mangsa. Disebabkan itu juga, setiap kali kena jumpa client lelaki, saya akan minta suami teman. Paling tidak pun, mesti jumpa di tempat terbuka. Elakkan jumpa client di rumah mereka.

“Disebabkan kejadian itu, saya pernah rasa nak berh3nti kerja sebab terlalu t4kut. Tiba-tiba dapat call macam tu, terus rasa tiada motivasi. Saya tanya senior-senior, mereka kata memang lelaki seperti itu menjadikan perunding takaful wanita sebagai mngsa.

“Nasihat saya kepada perunding takaful yang lain, sila hati-hati. Mungkin Azlan guna cara call, orang lain mungkin akan ‘p4ncing’ ajak ke rumah. Kalau sempat, sila record bukti.

Saya terpanggil berkongsi kisah ini untuk tingkatkan kesedaran orang ramai, supaya ejen-ejen lain berhati-hati,” ujarnya.

Dalam pada itu, Erna turut menitipkan pesan kepada lelaki tersebut mahupun mana-mana pelaku ganggu4n s3ksual yang lain agar menghentikan perbuatan jij1k mereka.


Selain Erna, beberapa perunding takaful lain mend4kwa turut dig4nggu Azlan.

“Saya memang nak Azlan baca berita ini. Cuba bayangkan awak ada anak. Bayangkan mak awak yang kena ganggu4n begini. Cuba bayangkan kalau adik perempuan atau kakak sendiri yang kena?” ujarnya lagi.

Selain Erna, seorang lagi perunding takaful turut berkongsi kisah sama dig4nggu lelaki tersebut menerusi Facebook pada minggu lalu.

Susulan posting itu, beberapa perunding takaful yang lain turut membuka cerita dan meng4du dig4nggu lelaki sama.

“Ingatkan saya seorang, rupa-rupanya ramai ejen perempuan yang kena dengannya. Dia dah buat dari tahun 2020, dia memang sasarkan ejen perempuan.

“T4ktik sama, tapi cerita berbeza. Dengan kawan saya, dia kata dia kerja ejen pelancongan. Dengan saya, dia kata kerja off-shore. Tapi dia akan contact untuk tanya mengenai takaful,” d3dahnya lagi.

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*