Gadis sanggup gadai ny4wa demi ibu, berpaut pada jambatan runtvh akibat banjir

Pertaruh ny4wa lalu jambatan rvntuh!

Detik c3mas itu dapat dirasai menerusi satu video, menyaksik4n seorang gadis sanggup menggadaik4n ny4wa berp4ut pada jambatan yang rvntuh, dipercayai berlaku susul4n hujan lebat.

Menurut video tular berdurasi 25 saat itu, ia dikatakan berlaku di Belukar Bukit di Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.

Gadis berkenaan yang hanya berpaut pada besi pengh4dang jalan itu sanggup men3mpuh bah4ya demi bertemu ibu tercinta.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada Isnin petang.

Individu yang berkongsi video tersebut di laman sosial memberitahu, dia pertama kali ke kawasan dekat Jalan Belukar Bukit bagi melakukan misi bantuan banjir.

“Allahuakbar… kuat semangat mu dik. Demi bertemu ibu tercinta,” menurutnya sambil memaklumkan di ruangan komen bahawa jambatan di Belukar Bukit itu merupakan jalan menghubungkan antara Ajil dan Betong.

Rata-rata netizen menyuarakan kebimbang4n mereka terhadap keselamatan gadis tersebut yang sanggup menggadaikan ny4wa.

“Jang4n bahayak4n diri. Guna jalan yang lain dulu sebelum jambatan dibina balik.”

“Ya Allah kasih4n pula,” demikian antara komen-komen netizen.

gadai nyawa jambatan runtuh 2Pasukan penyelamat sedang membantu memindahkan mangsa yang terjejas banjir. foto APM

Penjelasan individu yang berkongsi video itu bagaimanapun mel3gakan banyak pihak.

“Alhamdulillah… segala puji bagi Allah. Adik ni selamat dan bertemu ibunya.

“Mungkin lepas ni dia pun t4kut. Mungkin tadi dia terlalu rindukan dan semangat untuk bertemu ibunya terlalu kuat. Doakan yang terbaik,” tambahnya.

Tambah pengguna TikTok itu lagi, dia dimaklumkan bahawa bekalan elektrik dan air di kawasan itu t3rputus sejak Sabtu.

“Info daripada orang situ… semua bekalan elektrik dah tiada kat situ akibat banjir kelmarin termasuk air,” katanya.

Video yang dikongsikan pengguna TikTok @PaaWork83 sejak Isnin malam itu meraih lebih 230,000 tontonan.

gadai nyawa jambatan runtuh 3

Pengguna TikTok @PaaWork83 memaklumkan mengenai keadaan gadis berkenaan.

Hujan yang berterusan di negeri Pantai Timur sejak Jumaat lalu menyebabkan banjir di luar kebiasaan.

Dilaporkan, mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 17,742 orang dipindahk4n ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri itu, pagi Selasa.

Ia menyaksikan 141 PPS dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa daripada 4,557 keluarga.

Pada Isnin, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas berhampiran rumahnya di Kampung Cheneh Baru di Kemaman kira-kira pukul 3 petang.

Sumber:mstar