“Jangan terlalu cepat menghuk0m si menantu, ada baiknya kita muhasabah diri dahulu”

Seorang wanita di Indonesia menjadi tular selepas mengajukan soalan tentang menantu yang tidak sempurna, kemudian diberikan jawapan ‘pedas’ oleh pendkwah terkenal negara itu, Mamah Dedeh.

‘Kita sendiri sempurna ke?’

Dalam satu klip video yang dimuat naik akaun @gossipnesia di laman Instagram, seorang wanita dilihat meminta pandangan Mamah Dedeh tentang menantunya yang dia anggap kurang sempurna.

Saya baru sahaja mengizinkan anak berkahwin dan menerima menantu baharu.

Namun selepas mereka berkahwin, ternyata menantu saya itu tidak seperti yang saya harapkan. Dia tidak memenuhi ciri-ciri yang saya bayangkan sebelum ini dan saya rasa dia tidak sesuai untuk anak saya.

Kemudian, soalan tersebut dijawab tenang oleh Mamah Dedeh dengan jawapan yang cukup memberi lmpak kepada mereka yang mendengar.

Kita harus memahami peribahasa ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Jika anda mengharapkan bertemu caIon menantu sesempurna seperti dalam bayangan anda, sehingga ki4mat tidak akan berjumpa orang seperti itu.

Ada pepatah yang mengatakan ‘Insaan Mahalul Khatha wan Nisyaan’ yang bermaksud ‘manusia itu tempatnya adalah salah dan lupa’. Jangan terlalu cepat menghuk0m si menantu, ada baiknya kita muhasabah diri dahulu.

Adakah kita sudah cukup sempurna untuk mengharapkan yang sama?

Video tersebut kini telah mendapat lebih 60 ribu tontonan, dan menjengah ke ruangan k0men, rata-rata netizen mencemuh tind4kan ibu berkenaan kerana mengajukan soalan yang seolah-olah membuka a!b menantunya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh GOSSIPNESIA (@gossipnesia)

Sumber: Instagram @gossipnesia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*